240 penerbangan dari China dijangka tiba di Thailand semasa cuti Tahun Baru Cina
Para pelancong yang menaiki penerbangan Xiamen Airlines tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok pada 9 Januari 2023. (Gambar: Jack Taylor/AFP)
BANGKOK: Thailand membuat persiapan bagi menyambut ketibaan gelombang besar pelawat dari China sempena sambutan Tahun Baru Cina sekarang.
Sekitar 240 penerbangan langsung dari China dijangka mendarat di Thailand, dengan purata 34 penerbangan setiap hari, sepanjang musim perayaan ini, lapor agensi berita Bangkok Post.
Kementerian Pengangkutan Thailand mengarahkan agensi-agensi yang terlibat untuk membuat persiapan bagi menangani ketibaan para pengunjung itu.
Agensi pengemudian udara Aerothai, meningkatkan pengurusan trafik udara untuk pelbagai lapangan terbang di serata negara itu.
Antara 16 hingga 28 Januari, hampir 2 juta pelawat dijangka mendarat atau berlepas daripada Lapangan Terbang Suvarnabhumi yang terletak di ibu kota Bangkok.
Malah, 10 syarikat memohon penerbangan tambahan ke Thailand bagi memenuhi permintaan.
Para jurubahasa Cina turut disediakan di lapangan terbang bagi menghulurkan bantuan.
Jumlah penerbangan dari China ke Thailand dijangka melonjak kepada lebih 36,000 tahun ini, peningkatan lebih 200 peratus berbanding 2022.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.