Skip to main content

Dunia

24 penumpang maut setelah bas masuk gaung di Maghribi

Anggaran Waktu Membaca:
24 penumpang maut setelah bas masuk gaung di Maghribi

Gambar: Morocco Intelligence/Twitter

DENMATE: Sejumlah 24 penumpang maut di Maghribi selepas sebuah bas mini yang mereka naiki terjatuh ke dalam gaung di kawasan pergunungan, kata pihak berkuasa.

Menurut media tempatan, bas berkenaan sedang membawa penumpang ke sebuah pasar sebelum ia hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung pada Ahad (6 Ogos).

Punca kejadian yang berlaku berdekatan dengan bandar Demnate di Pergunungan Atlas, masih belum dapat dikenal pasti.

"Kesemua penumpang maut dalam kejadian itu," kata Pengarah Hospital Demnate, Youssef Makhloufi.

Tambahnya, dua wanita dan seorang kanak-kanak antara yang maut.

Menurut Forum Pengangkutan Antarabangsa, sejumlah lapan individu maut akibat nahas jalan raya di Maghribi setiap hari pada tahun 2020.

Awal tahun ini, 11 individu maut selepas kenderaan yang mereka naiki merempuh sebatang pokok di kawasan pedalaman Maghribi.

Tahun lepas, 23 individu maut selepas bas yang dinaiki mereka terbalik di bandar Casablanca.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita