24 maut, lebih 630 cedera akibat gempa Afghanistan
Anggaran Waktu Membaca:
KABUL: Sekurang-kurangnya 24 orang maut manakala lebih 630 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi di utara Afghanistan pada Isnin, menurut Penguasa Pengurusan Bencana Negara Afghanistan, lapor Xinhua.
Gempa berukuran 6.3 pada skala Richter itu berpusat di kawasan Khulm pada kedalaman 28 kilometer.
Antara wilayah yang terjejas ialah Balkh, Samangan, Kunduz, Sar-e-Pul dan Jawzjan.
Pemerintah Afghanistan melancarkan operasi mencari dan menyelamat, dengan pasukan penyelamat membersihkan dan membuka semula beberapa laluan utama serta menyelamatkan penduduk yang terperangkap.
Pegawai di wilayah Badakhshan memaklumkan kira-kira 800 rumah mengalami kerosakan akibat bencana alam itu.
Selain itu, Masjid Biru yang terkenal di Mazar-i-Sharif turut mengalami kerosakan. Masjid bersejarah yang dibina pada abad ke-12 itu merupakan mercu tanda penting keagamaan dan kebudayaan di utara Afghanistan.

Sumber : Bernama
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.