Skip to main content

Dunia

24 ahli, CEO GISBH disambung reman 5 hari lagi

Mereka direman sekali lagi susuli satu laporan polis dibuat oleh mangsa yang dieksplotasi suspek ketika bekerja di GISBH dan tidak menerima gaji.

Anggaran Waktu Membaca:
24 ahli, CEO GISBH disambung reman 5 hari lagi

Ketua Polis Negara Razarudin Husain. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Sep 2024 10:25PM
KUALA LUMPUR: Seramai 24 individu termasuk pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali,direman lima hari lagi bermula Isnin (30 Sep), lapor media Malaysia BH Online.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan perkara itu, berkata kesemua mereka disambung reman sehingga 4 Oktober ini untuk siasatan berkaitan satu laporan kes ekploitasi buruh paksa.

"Mereka direman sekali lagi susuli satu laporan polis dibuat oleh mangsa di Cheras yang dieksplotasi suspek ketika bekerja disyarikat terbabit dan tidak menerima bayaran gaji," katanya ketika dihubungi pada Isnin, tambah laporan BH Online.

Media sebelum ini melaporkan seramai 19 individu terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita termasuk CEO GISBH ditahan di empat unit kondominium di Jalan Imbi, Bukit Bintang kira-kira jam 5.40 pagi, 19 September lalu.

Lima lagi individu termasuk seorang anak kepada pimpinan utama GISB Holdings itu ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah kira-kira jam 6.00 petang, 18 September lalu.

Kesemua 24 individu terbabit berusia 25 hingga 65 tahun itu sebelum ini direman selama tujuh hari bermula 19 September lalu dan ditempatkan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Selepas reman mereka tamat pada 25 September, tempoh reman disambung lagi empat hari sehingga Ahad.

Encik Razarudin dilaporkan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 10 laporan bekas pengikut GISBH yang mendakwa dijadikan 'buruh paksa' kumpulan itu.

Beliau dilaporkan berkata laporan itu muncul selepas gesaan beliau supaya mangsa yang pernah dieksplotasi kumpulan itu tampil membuat laporan polis.
Sumber : Agensi berita/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita