Skip to main content

Dunia

235 tan air zam zam diedar setiap hari di Masjid Nabawi

Anggaran Waktu Membaca:
235 tan air zam zam diedar setiap hari di Masjid Nabawi

Pihak berkuasa Saudi memperhebat usaha kesedaran dan bimbingan bagi mendidik jemaah haji serta pengunjung mengenai adab tertib menziarahi Masjid Nabawi. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 09 Jun 2026 10:26PM Dikemas Kini : 09 Jun 2026 10:27PM
MADINAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan Masjid Nabawi mengagihkan kira-kira 235 tan air zam zam setiap hari, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Usaha memenuhi keperluan jemaah dan pengunjung itu diteruskan sepanjang tahun, sebagai sebahagian usaha berterusan untuk memberikan perkhidmatan kepada jemaah di dua masjid suci itu.

Sistem berkenaan terdiri daripada lebih 10,000 bekas air zam zam yang diedarkan di seluruh Masjid Nabawi dan pekarangannya, diisi semula dan dipantau secara berterusan, dengan pemeriksaan mutu dan keselamatan berkala menggunakan teknologi ujian air khusus terkini untuk memastikan akses yang selamat dan lancar kepada air itu.

Perkhidmatan tersebut adalah sebahagian ekosistem bersepadu pihak berkuasa untuk menjaga pengunjung Masjid Nabawi dan menyediakan perkhidmatan dengan standard kualiti dan kecekapan operasi tertinggi.
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita