230,000 dos vaksin mpox akan dihantar ke Congo
Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin cacar monyet JYNNEOS. (Gambar fail: Patrick T. Fallon/AFP)
GENEVA: Vaksin mpox akan tiba di Republik Demokratik Congo dalam masa beberapa hari akan datang bagi melawan peningkatan varian baharu virus tersebut.
Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, kira-kira 230,000 dos mpox tersedia serta-merta untuk dihantar.
Dos-dos itu disumbangkan oleh Suruhanjaya Eropah dan pengeluar vaksin mpox Denmark, Bavarian Nordic.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), rakan kongsinya boleh membeli vaksin mpox sebelum ia diluluskan oleh agensi kesihatan PBB dalam usaha untuk mendapatkan vaksin ke Afrika dengan lebih pantas.
WHO kini sedang menyemak permohonan lesen kecemasan untuk dua vaksin yang dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan KM Biologics dari Jepun.
Dr Tedros berkata ia dijangka akan diberikan dalam masa dua minggu akan datang.
Rosamund Lewis, Ketua Teknikal WHO untuk mpox berharap vaksin berkenaan dan campur tangan lain oleh rakan-rakan kongsi kesihatan akan membantu mengurangkan kes mpox dalam masa terdekat.
WHO baru-baru ini mengisytiharkan tahap amaran tertinggi disebabkan wabak mpox di Afrika dan varian baharu yang berpotensi lebih berbahaya.
Selain Republik Demokratik Congo, Burundi dan negara-negara jiran juga turut terjejas.

Sumber : Agensi berita/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.