Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

230 penumpang, anak kapal diarah keluar selepas peluru hidup ditemui dalam pesawat Korean Air

Anggaran Waktu Membaca:
230 penumpang, anak kapal diarah keluar selepas peluru hidup ditemui dalam pesawat Korean Air

Gambar fail Korean Airlines (Gambar: Daniel Slim / AFP)


SEOUL: Seramai 230 orang - terdiri daripada 218 penumpang dan 12 anak kapal - di dalam sebuah pesawat Korean Air diarah keluar selepas peluru hidup ditemui di dalam pesawat itu.

Peluru berukuran 9 milimeter itu ditemui oleh seorang penumpang, sejurus sebelum pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Korea Selatan pada Jumaat (10 Mac).

Agensi berita Yonhap menyatakan bahawa pihak polis dimaklumkan mengenai penemuan oleh penumpang tersebut pada pukul 8.05 pagi.

Pesawat itu, yang dijadualkan berlepas pada pukul 7.45 pagi, kemudian kembali ke terminal untuk pemeriksaan keselamatan.

Menurut para pegawai polis, unit antipengganas dan pasukan pemusnah bahan letupan tentera menggeledah bahagian dalaman pesawat itu.

Ia dibenarkan terbang tiga jam kemudian apabila polis mendapati tiada risiko berlakunya keganasan.

Pihak berkuasa sedang menyiasat bagaimana peluru dibawa masuk ke dalam pesawat.
Sumber : AGENCIES/MM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan