23 terkorban puting beliung landa Alabama
Sekurang-kurangnya 23 orang, termasuk kanak-kanak terkorban selepas ribut kuat melanda Lee County, Alabama pada Ahad (3 Mac). Jumlah itu dijangka meningkat sedang para penyelamat mencari mangsa di bawah runtuhan rumah yang musnah, kata pihak berkuasa dan media.
Ribut kuat melanda Lee County, Alabama pada Ahad (3 Mac). (Gambar: Justin Merritt/AFP)
ALABAMA: Sekurang-kurangnya 23 orang, termasuk kanak-kanak terkorban selepas ribut kuat melanda Lee County, Alabama pada Ahad (3 Mac). Jumlah itu dijangka meningkat sedang para penyelamat mencari mangsa di bawah runtuhan rumah yang musnah, kata pihak berkuasa dan media.
Para petugas kecemasan berhadapan dengan tugas mencabar mengeluarkan mangsa yang terkorban dan cedera daripada runtuhan rumah dan premis perniagaan.
Ribut, termasuk sekurang-kurangnya satu kejadian puting beliung, menumbangkan pokok dan memusnahkan rumah di negeri bersebelahan Georgia, menyebabkan bekalan elektrik 21,000 pelanggan terputus, kata jurucakap Georgia Power, Meredith Stone.
Di Twitter, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggesa penduduk Alabama dan kawasan-kawasan terjejas akibat ribut berkenaan supaya berhati-hati dan menjaga keselamatan diri.
“Puting beliung dan ribut amat ganas dan banyak lagi akan berlaku.
“Kepada keluarga dan rakan mangsa, dan mangsa yang cedera, Tuhan merahmati semua!”, katanya.
Pusat Perubatan Alabama Timur di Opelika menerusi kenyataan mendedahkan ia merawat lebih 40 pesakit akibat puting beliung dan dijangka menerima ramai lagi pesakit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.