23 rakyat Malaysia ditahan Israel akan dibawa ke Istanbul hari ini: PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi kemas kini tentang 23 rakyat Malaysia yang ditahan Israel. (Gambar: BERNAMA, Anwar Ibrahim/Facebook)
KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 rakyat Malaysia anggota delegasi Global Sumud Flotila (GSF) yang berada di dalam tahanan Israel sejak Khamis, akan dibawa keluar dari Israel hari ini (4 Okt) menggunakan sebuah pesawat khas ke Istanbul, Turki.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kesemua 23 rakyat Malaysia itu sedang dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Ramon di Selatan Israel.
“Dengan rundingan saya bersama pihak Ketua Risikan Malaysia yang berada di Ankara untuk penyelarasan bersama Duta Besar dan Kedutaan Malaysia di Ankara, lebih baik mereka menginap di Istanbul sekitar satu...satu setengah hari untuk pemeriksaan kesihatan akibat trauma dan tekanan daripada tindakan keras dan zalim Israel.
“Saya setuju dan mereka akan berlepas pulang (ke Malaysia) mungkin esok malam (5 Okt) ataupun lusa (6 Okt),” katanya dalam satu siaran langsung di Facebook hari ini (4 Okt).
PM Anwar yang juga penaung misi Sumud Nusantara menegaskan bahawa kejayaan membebaskan dan membawa pulang 23 rakyat Malaysia daripada tahanan Israel, adalah hasil rundingan diplomatik yang panjang.
Beliau berkata proses pembebasan tersebut melibatkan kerjasama erat pada peringkat antarabangsa termasuk melalui perbincangan oleh Menteri Luar Mohamad Hasan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio dan Pemerintah Jordan, serta Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail bersama Utusan Khas Amerika Syarikat ke Timur Tengah Steve Witkoff.
Perdana Menteri itu berkata kejayaan itu juga adalah hasil rundingan beliau sendiri bersama Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani serta Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Ketua Keselamatan Negara Turki Dr Ibrahim Kalin.
Beliau berkata perancangan dan rundingan membawa pulang dan menyelamatkan semua mangsa tidak hanya terbatas kepada keselamatan delegasi daripada Malaysia dan Turki sahaja.
“Kita juga bicara tentang semua, termasuk Eropah dan rakan-rakan Indonesia dan lain-lain negara yang bersama-sama dalam rombongan Sumud Flotila ini,” kata PM Anwar.

Sumber : Bernama/NK/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.