23 maut akibat kapal terbalik berhampiran ibu kota Filipina
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Mountain Province Disaster Risk Reduction Management Office (DRRMO) / AFP)
MANILA: Sekurang-kurangnya 23 orang maut apabila sebuah kapal penumpang terbalik akibat angin kencang berhampiran ibu kota Manila di Filipina pada Khamis (27 Jul), menurut agensi bencana perbandaran.
Tidak jelas berapa ramai orang berada di dalam kapal itu, tetapi ketua agensi bencana bandar Binangonan Jose Hernandez berkata 40 orang telah diselamatkan.
Misi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, tambahnya.
Kapal itu berada sekitar 45 meter dari darat apabila ia dipukul angin kencang, yang menyebabkan para penumpang panik dan berkumpul ke satu bahagian kapal itu. Ini turut menyebabkan kapal itu terbalik, kata Pengawal Pantai dalam satu lagi kenyataan.
Awal minggu ini, Filipina dilanda Taufan Doksuri yang membawa angin sekencang 175 kilometer sejam ke arah utara menuju ke pulau Luzon yang mempunyai penduduk paling ramai.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.