23 maut, 65 cedera dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: JOSEPH EID / AFP
BEIRUT: Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 65 yang lain cedera pada Sabtu (28 Sep) dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di selatan Lubnan, lapor Xinhua, yang memetik sumber tentera Lubnan.
Sumber tentera Lubnan yang identitinya tidak mahu didedahkan berkata pesawat dan dron Israel melancarkan kira-kira 90 serangan pada sebelah petang, menyasarkan sekitar 45 kampung dan bandar di selatan Lubnan.
Serangan-serangan itu turut memusnahkan beberapa klinik dan pusat pertahanan awam, mengakibatkan 12 orang terbunuh dan 15 yang lain cedera, kebanyakan mereka adalah doktor, anggota pasukan paramedik, jururawat dan anggota bomba, menurut sumber itu.
Sejak 8 Okt 2023, Hezbollah telah berbalas serangan dengan Israel di sempadan Lubnan-Israel sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin di Carikan Gaza.
Konfrontasi antara Hezbollah dan Israel meningkat dengan ketara selepas Israel mengumumkan perubahan tumpuan tenteranya dari Carikan Gaza ke bahagian utara, yang bertujuan untuk berperang dengan Hezbollah sehingga para penduduk di utara Israel dapat pulang ke rumah mereka dengan selamat.
Pada petang Jumaat, pesawat-pesawat perang Israel melancarkan serangan ke atas ibu pejabat Hezbollah di Dahieh, pinggir bandar di selatan Beirut, dan pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah terkorban dalam serangan itu.
Kematian Nasrallah turut disahkan oleh Hezbollah.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.