Skip to main content

Dunia

23 hari koma, ibu ini akhirnya terjaga selepas bayi diletakkan atas dadanya

Seorang ibu memberi kejutan kepada para doktor apabila beliau tiba-tiba terjaga setelah berada dalam keadaan koma selama 23 hari, pada saat-saat bayi lelakinya diletakkan di atas dadanya.

Anggaran Waktu Membaca:
23 hari koma, ibu ini akhirnya terjaga selepas bayi diletakkan atas dadanya

Amanda da Silva dari Fortaleza, Brazil diserang sawan ketika hamil 37 minggu. (Gambar: @ellezsandasblog/Instagram)

Diterbitkan : 17 Oct 2018 05:49PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 05:57PM

BRAZIL: Seorang ibu memberi kejutan kepada para doktor apabila beliau tiba-tiba terjaga setelah berada dalam keadaan koma selama 23 hari, pada saat-saat bayi lelakinya diletakkan di atas dadanya. Demikian menurut laporan Dailymail. 

Amanda da Silva, 28 tahun dari Fortaleza, Brazil diserang sawan ketika hamil 37 minggu, yang menurut beliau berpunca akibat pertengkaran dengan suaminya.

Untuk menyelamatkan nyawa Cik da Silva dan bayi dalam kandungannya, para doktor terpaksa memberi beliau sedatif dan mengeluarkan bayinya, Victor menerusi pembedahan pada Februari lalu.

Komplikasi yang dialami sejurus selepas prosedur itu menyebabkan Cik da Silva diletakkan dalam keadaan koma untuk menstabilkannya, lapor Dailymail.

Bayi lelakinya, Victor yang dilahirkan seberat 2.1 kilogram pula ditempatkan di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Selepas tidak berupaya bergerak atau bercakap selama beberapa minggu, Fabíola Sá, seorang jururawat, menyarankan agar meletakkan Victor di atas dada Cik da Silva dan ini menyebabkan jantungnya berdegup laju dan air mata mengalir di pipinya.

Keadaan Cik da Silva semakin bertambah baik sehingga 20 hari kemudian, di mana beliau akhirnya dapat mengendong bayi lelakinya dan dibenarkan pulang.

"Kami tidak mempunyai sebarang jawapan saintifik untuk menjelaskan apa yang berlaku tetapi terbukti kita tidak boleh menafikan pentingnya sentuhan antara ibu dengan anak," kata Fabíola Sá, seperti yang dipetik Dailymail.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita