226,000 isi rumah terputus bekalan elektrik dan ramai penduduk cedera akibat Taufan Haikui di Taiwan
Anggaran Waktu Membaca:
TAIPEI: Taufan Haikui telah melanda Taiwan dengan membawa hujan lebat dan angin kencang, menyebabkan sekurang-kurangnya 226,000 isi rumah terputus bekalan elektrik dan ramai penduduk cedera, kata pihak berkuasa pada Isnin (4 Sep), lapor agensi berita dpa.
Menurut Pusat Operasi Kecemasan Pusat (CEOC) Taiwan, Haikui melepasi selatan Taiwan dan memasuki Selat Taiwan pada awal Isnin. Ribut yang lemah itu menuju ke bahagian selatan China.
Angin kencang menumbangkan pokok di timur dan selatan Taiwan dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Pada Ahad, ribut itu mencatatkan kelajuan angin berterusan maksimum kira-kira 150 kilometer sejam.
Ribut itu juga menyebabkan tanah runtuh dan banjir.
Menteri Dalam Negeri Lin Yu-Chang, yang mengetuai CEOC, pada Isnin menggesa penduduk supaya sentiasa berjaga-jaga kerana bencana banjir boleh berlaku di beberapa kawasan pergunungan, yang telah menerima hujan lebat sejak empat hari lalu.
Menurut CEOC, sekurang-kurangnya 78 orang cedera dalam kemalangan jalan raya, termasuk penunggang skuter dan pemandu kereta yang dihempap pokok tumbang.
Kira-kira 8,000 penduduk telah dipindahkan dan 1,916 orang ditempatkan di pusat perlindungan awam semasa Haikui melanda, menurut CEOC.
Ekor ribut itu akan terus menjejaskan cuaca tempatan di Taiwan sehingga awal Selasa, iaitu apabila CEOC dijangka menarik balik amaran taufan.

Sumber : Bernama/AA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.