Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

224,828 pengundi awal jalankan tanggungjawab hari ini, Ismail Sabri pesan buat pilihan tepat

Anggaran Waktu Membaca:
224,828 pengundi awal jalankan tanggungjawab hari ini, Ismail Sabri pesan buat pilihan tepat

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 14 Nov 2022 11:16PM Dikemas Kini : 15 Nov 2022 07:25AM

KUALA LUMPUR: Sejumlah 224,828 orang pengundi awal akan menjadi kumpulan pertama mengundi pada proses pengundian di 578 Pusat Mengundi Awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, pada Selasa (15 Nov).

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berkata jumlah itu terdiri daripada 117,473 anggota tentera dan pasangan serta 107,355 anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Bagi tujuan ini, Pusat Mengundi Awal yang ditetapkan SPR akan dibuka mulai pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Namun terdapat beberapa Pusat Mengundi Awal yang akan ditutup lebih awal.

SPR turut menyarankan kepada pengundi awal yang positif COVID-19 untuk berhubung terus dengan Pegawai Kesihatan Daerah bagi memudahkan urusan pengundian awal nanti,” katanya.

Proses pengundian awal itu turut disaksikan oleh ejen calon yang bertanding dan akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook SPR di beberapa Pusat Mengundi Awal terpilih.

Menurutnya, kertas-kertas undi awal akan disimpan di penjara balai polis untuk jagaan selamat dan hanya akan dikira pada Sabtu (19 Nov) ini bermula pukul 4.00 petang di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR disaksikan oleh ejen calon masing-masing.

SPR turut menasihati pengundi untuk membuat semakan maklumat pengundian melalui portal semakan atau hubungi Hotline SPR selain aplikasi MySPR Semak.

SPR menetapkan 19 November sebagai hari mengundi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berpesan kepada semua pengundi awal supaya membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan memilih kerajaan yang dapat membawa kestabilan.

Beliau berkata, tempoh mentadbir negara selama 22 bulan di bawah Pakatan Harapan (PH) menunjukkan kegagalan pihak pembangkang dalam mentadbir negara.

"Apa yang jelas mereka (PH) gagal melaksanakan apa yang mereka bentangkan sebelum PRU, akhirnya manifesto tidak dapat mereka laksanakan.

"Pesanan saya bahawa pengundi awal perlu membuat pilihan tepat dalam memilih calon Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Saya harap mereka tidak tersilap dalam memilih, pilihlah parti yang boleh membawa kestabilan.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada program Santai Anak Muda Kuala Selangor di Puncak Alam, di Kuala Selangor pada Isnin malam (14 Nov) yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan