Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

22 orang maut minum arak beracun di Uttar Pradesh, India

Jumlah korban akibat meminum arak beracun di Uttar Pradesh, utara India, kini meningkat kepada 22 orang, lapor Agensi Berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
22 orang maut minum arak beracun di Uttar Pradesh, India

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 29 May 2021 09:09PM Dikemas Kini : 29 May 2021 09:19PM

NEW DELHI: Jumlah korban akibat meminum arak beracun di Uttar Pradesh, utara India, kini meningkat kepada 22 orang, lapor Agensi Berita Xinhua.

Insiden itu berlaku di daerah Aligarh, kira-kira 416 kilometer barat laut Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.

"Setakat ini, 22 orang meninggal dunia sebab minum arak beracun dan beberapa lagi mangsa dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit," kata seorang pegawai di pejabat majistret daerah Aligarh pada Sabtu (29 Mei).

Menurut pegawai itu, arak tersebut dibeli pada Khamis di kedai yang mempunyai lesen yang sah dan insiden berlaku pada Jumaat.

Berikutan itu, pihak berkuasa menutup lima kedai dan menggantung beberapa pegawai jabatan cukai termasuk pegawai eksais daerah Dheeraj Sharma.

Pejabat majistret daerah juga mengarahkan kes itu disiasat. 

"Tiga kes berasingan telah dilaporkan di tiga balai polis daerah, membabitkan arak beracun. Polis telah melancarkan siasatan dan beberapa orang ditahan untuk disoal siasat," kata seorang pegawai polis.

Sementara itu, pihak berkuasa sudahpun mengambil sampel minuman dari kedai terbabit dan dihantar ke makmal untuk diuji.

Pada 2019, kira-kira 100 orang maut dalam tragedi 'hooch' atau meminum arak di Uttar Pradesh dan Uttarakhand. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan