22 nyawa terkorban, lebih 700 rumah musnah akibat gempa bumi di Afghanistan

(Gambar: Pedro Pardo/AFP)
KABUL: Lebih 20 dilaporkan maut dalam kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Badghis, Afghanistan pada Isnin (17 Jan).
Gempa berukuran 5.6 pada skala Richter itu yang menggegarkan kawasan sempadan Turkmenistan turut menyebabkan kemusnahan pada ratusan kediaman, menurut pihak berkuasa tempatan, menurut laporan Astro AWANI.
"Laporan awal menunjukkan 22 individu, termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban dalam kejadian itu, manakala empat lagi cedera," kata Pengarah Informasi dan Kebudayaan wilayah Badghis, Mohammad Sarwari, seperti dinukil Astro AWANI.
Tambahan pula, kawasan tersebut turut dilanda hujan lebat.
Ketua Pusat Operasi Kecemasan, Mullah Janan Saeqe mengesahkan angka korban tersebut dan berkata lebih 700 rumah musnah dalam kejadian itu.
Jelasnya kebanyakan mangsa cedera yang dirawat di hospital mengalami patah tulang.
Menurut Pusat Seisologi Mediterranean, gempa bumi tersebut berlaku pada kedalaman 30 kilometer, seperti dipetik Astro AWANI.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.