Skip to main content

Dunia

22 maut selepas lori pendatang asing terbabas

Seramai 22 orang, termasuk kanak-kanak, terkorban apabila sebuah lori yang membawa para pendatang asing terbabas dan terbalik ke dalam sebatang terusan di Izmir, di wilayah barat Turki.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Oct 2018 07:56PM Dikemas Kini : 14 Oct 2018 09:02PM

ISTANBUL: Seramai 22 orang, termasuk kanak-kanak, terkorban apabila sebuah lori yang membawa para pendatang asing terbabas dan terbalik ke dalam sebatang terusan di Izmir, di wilayah barat Turki.

Seramai 13 yang lain, termasuk pemandu lori, cedera parah akibat nahas tersebut.

Agensi Berita DHA menyatakan lori itu sedang dalam perjalanan menuju ke pantai Izmir.

Para pendatang tersebut dilaporkan sudah mencapai perjanjian dengan pihak pemerdagangan manusia untuk membawa mereka dengan menaiki bot ke pulau Samos, milik Greece, yang terletak berhampiran Izmir.

Turki merupakan tempat persinggahan utama rakyat dari negara-negara bermasalah di Timur Tengah, Asia dan Afrika yang mahu mencari kehidupan baru di Eropah.

Sumber : AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita