Skip to main content

Dunia

22 maut dalam tanah runtuh Myanmar

Sekurang-kurangnya 22 orang maut dalam kejadian tanah runtuh ekoran hujan monsun yang melanda sebuah kampung di timur Myanmar. Para penyelamat pada Sabtu (10 Ogos) sementara itu meneruskan gerakan mencari bagi puluhan lagi yang dikhuatiri hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
22 maut dalam tanah runtuh Myanmar

Tanah runtuh di Myanmar pada 9 Ogos ekoran hujan monsun (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Aug 2019 04:51PM Dikemas Kini : 10 Aug 2019 04:55PM

MAWLAMYINE: Sekurang-kurangnya 22 orang maut dalam kejadian tanah runtuh ekoran hujan monsun yang melanda sebuah kampung di timur Myanmar. Para penyelamat pada Sabtu (10 Ogos) sementara itu meneruskan gerakan mencari bagi puluhan lagi yang dikhuatiri hilang.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku semalam (9 Ogos), menenggelamkan 16 rumah dan sebuah kuil.

Pasukan mencari dan menyelamat bekerja sepanjang malam untuk mencari mereka yang terselamat dan mayat-mayat daripada timbunan tanah.

"Sejauh ini kami sudah menemui 22 mayat dan 47 orang yang cedera," menurut seorang pegawai setempat Myo Min Tun.

Para pegawai percayai sehingga 100 orang mungkin masih hilang.

Gambar-gambar dari tempat kejadian menunjukkan serpihan bumbung dan rumah yang pecah dan lori-lori yang terbalik dihanyutkan aliran lumpur.

Penduduk bernama Htay Htay Win, 32 tahun, memberitahu AFP bahawa dua orang anak perempuannya dan lima ahli keluarga lain masih belum ditemui.

"Saya terdengar bunyi kuat dan apabila saya menoleh saya lihat rumah saya ditimbus lumpur," kata beliau sambil menangis.

Sementara itu para anggota pasukan penyelamat bekerja keras untuk cuba membersihkan lebuh raya utama antara Yangon ke Mawlamyine yang ditenggelami tanah setinggi 1.8 meter.

Hujan lebat menyebabkan tebing-tebing sungai pecah di merata negara manakala penduduk di pesisiran pantai diberi amaran tentang air pasang tinggi.

Di pekan Shwegyin di wilayah timur Bago, para penduduk terpaksa merandai air setinggi paras pinggang atau menunggu untuk diselamatkan oleh bot setelah tebing sungai Sittaung pecah, menenggelamkan rumah-rumah.

Sekitar 89,000 orang terpaksa berpindah akibat banjir dalam beberapa minggu yang lalu, namun sebahagian besar sudah boleh pulang ke rumah masing-masing, menurut Pejabat Penyelaras Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Vietnam turut dilanda banjir hebat minggu ini dengan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh di kawasan tengah negara.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita