Skip to main content

Dunia

22 maut dalam kebakaran di majlis perkahwinan di DR Congo

Sekurang-kurangnya 22 orang maut manakala beberapa yang lain cedera dalam kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di Kinshasa, ibu kota Republik Demokratik Congo, pada Sabtu (5 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
22 maut dalam kebakaran di majlis perkahwinan di DR Congo

Meja dan ruang majlis dipenuhi abu serta serpihan selepas kebakaran tercetus di sebuah bangunan yang menganjurkan majlis perkahwinan di Lingwala, Kinshasa, Republik Demokratik Congo pada 5 September 2026. (Gambar: AP/Guylain Kipoke)

Diterbitkan : 07 Sep 2026 12:02AM
  • Seramai 22 orang maut dan beberapa cedera dalam kebakaran di majlis perkahwinan di Kinshasa, Republik Demokratik Congo pada 5 September.
  • Kebakaran berlaku di sebuah bangunan di kawasan Lingwala ketika majlis resepsi sedang berlangsung.
  • Datuk Bandar Lingwala, Norbert Mushinga, memaklumkan tetamu sukar keluar semasa panik, dan mangsa cedera telah dihantar ke kemudahan kesihatan.
  • Menteri Dalam Negeri Jacquemain Shabani mengarahkan pemeriksaan keselamatan ke atas premis acara awam dan penutupan premis yang tidak mematuhi piawaian.
Dijana oleh AI

KIGALI: Sekurang-kurangnya 22 orang maut manakala beberapa yang lain cedera dalam kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di Kinshasa, ibu kota Republik Demokratik Congo, pada Sabtu (5 Sep).

Menurut Datuk Bandar Lingwala Norbert Mushinga, kebakaran tercetus ketika majlis resepsi perkahwinan berlangsung di sebuah bangunan di kawasan Lingwala.

“Selepas memeriksa lokasi kejadian, saya boleh mengesahkan angka korban sementara ialah 22 orang,” katanya kepada wartawan di Kinshasa.

Encik Mushinga berkata para tetamu menghadapi kesukaran untuk sampai ke pintu keluar kecemasan ketika keadaan menjadi kelam-kabut.

Beberapa mangsa yang cedera dibawa ke kemudahan kesihatan di Kinshasa untuk mendapatkan rawatan, manakala harta benda di dalam bangunan turut musnah.

Siasatan sudah dimulakan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Menteri Dalam Negeri Jacquemain Shabani kemudian mengarahkan semua gabenor wilayah supaya segera menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang menganjurkan acara awam.

Beliau turut mengarahkan pihak berkuasa menutup mana-mana premis yang tidak memenuhi piawaian keselamatan.

Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita