22 maut dalam banjir dahsyat Thailand
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Madaree TOHLALA)
BANGKOK: Banjir kilat dan tanah runtuh di merata Thailand disebabkan hujan monsun, setakat ini sudah meragut 22 nyawa, dengan 19 lagi cedera.
Demikian menurut pihak berkuasa pada Isnin (26 Ogos), sambil memberi amaran bahawa beberapa wilayah bakal berdepan risiko tambahan, dengan 30,000 isi rumah terjejas.
Sepasang suami isteri warga Rusia dari Myanmar merupakan antara 13 orang yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di selatan pulau Phuket, kata pegawai, selepas hujan turun di puluhan wilayah minggu lalu.
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengagihkan bekalan makanan kepada orang ramai dalam lawatan ke rumah mereka di utara kawasan Nan, pada hujung minggu lalu.
Anggota penyelamat berusaha gigih untuk menarik keluar para pekerja daripada serpihan, di sebuah tapak pembinaan projek kereta api Thai-China yang terletak di wilayah timur laut Kakhon Ratchasima, dedah Kementerian Pengangkutan Thailand.
Banjir dahsyat di lima wilayah utara masih berterusan, termasuk Chian Rai, Sukhotai dan Prae.
Terdapat juga risiko tinggi di mana air mungkin naik berdekatan Sungai Chao Phraya, termasuk ibu kota Bangkok, meskipun paras air masih dapat dikawal buat masa ini.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.