22 kawasan di Malaysia catat IPU pada tahap tidak sihat
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 kawasan di seluruh Malaysia mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang pada Isnin (14 Sep).
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), empat kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Serian (181), Sri Aman (166), Samarahan (153) dan Kuching (152).
Sementara itu, enam kawasan di Johor turut mencatat bacaan tidak sihat, iaitu Pasir Gudang (157), Larkin (156), Pengerang (153), Tangkak (150), Kluang (147) dan Kota Tinggi (122).
Tiga kawasan di Selangor juga merekodkan tahap tidak sihat, iaitu Johan Setia (161), Shah Alam (151) dan Banting (107) selain di Negeri Sembilan melibatkan Nilai (155) dan Seremban (153).
Melaka mencatat dua kawasan pada tahap tidak sihat, iaitu Alor Gajah (132) dan Bukit Rambai (107), manakala di Kuantan, Pahang, bacaan tidak sihat direkodkan di Balok Baru (113) dan Indera Mahkota (109).
Selain itu, yang turut mencatat bacaan tidak sihat ialah Cheras, Kuala Lumpur (156), Putrajaya (152) dan Seri Manjung, Perak (126).
Secara keseluruhannya, 45 kawasan dilaporkan berada pada tahap sederhana manakala satu kawasan mencatat bacaan baik, iaitu Kangar, Perlis (48).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan mutu udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Sumber : Bernama/KH/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.