Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

22 Februari diisytihar Hari Penubuhan Arab Saudi

Anggaran Waktu Membaca:
22 Februari diisytihar Hari Penubuhan Arab Saudi

Lapangan terbang di Arab Saudi. (Gambar: Fayez Nureldine / AFP)

Diterbitkan : 29 Jan 2022 09:07AM Dikemas Kini : 29 Jan 2022 09:07AM


RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan 22 Februari sebagai hari cuti umum bagi memperingati penubuhan negara itu pada 1727 oleh Imam Muhammad bin Saud, bapa pengasas negara itu, lapor Saudi Gazette, menukil Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Menurut kenyataan istana Arab Saudi yang dipetik pada Khamis, peringkat pertama penubuhannya bermula pada 1139 Hijrah bersamaan tahun 1727 Masihi dan diteruskan hingga tiga peringkat.

Bandar Ad Diriyah telah dijadikan ibu kota Arab Saudi pada waktu penubuhannya dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW menjadi perlembagaannya.

Peringkat pertama penubuhan Arab Saudi telah berakhir pada 1233 Hijrah bersamaan 1818 Masihi di mana ia berjaya mewujudkan perpaduan dan perdamaian di Semenanjung Arab selepas perpecahan dan ketidakstabilan selama beberapa abad, kata kenyataan itu.

"Setelah tujuh tahun berlalu iaitu pada 1240 Hijrah bersamaan 1824 Masihi, Imam Turki bin Abdullah Al Saud telah meneruskan usaha peringkat kedua dalam menubuh dan membangunkan Arab Saudi.

"Peringkat penubuhan dan pembangunan Arab Saudi kedua telah berlangsung sehingga tahun 1309 Hijrah bersamaan 1891 Masihi," kata kenyataan itu.

Tambahnya, 10 tahun selepas itu pada 1319 Hijrah bersamaan 1902 Masihi, Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Faisal Al Saud mengetuai peringkat ketiga penubuhan Arab Saudi.

Raja-raja daripada keturunannya kemudian meneruskan legasi Raja Abdul Aziz dalam pembangunan Kerajaan Arab Saudi sehingga menjadi sebuah negara beraja yang dikenali hari ini, kata dikri Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Sumber : Agensi berita/SU/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa