Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

22 cedera dalam letupan bom di Kabul

Anggaran Waktu Membaca:
22 cedera dalam letupan bom di Kabul

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Aug 2022 11:29PM Dikemas Kini : 06 Aug 2022 11:29PM

KABUL: Sebutir bom meletup di jalan raya yang sibuk dengan orang ramai membeli-belah di Kabul, ibu kota Afghanistan pada Sabtu (6 Ogos) menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang cedera, menurut pegawai hospital dan saksi. 

Letupan itu berlaku di barat bandar itu di mana masyarakat minoriti Syiah kerap berhimpun. 

Rakaman video yang dimuat naik online menunjukkan beberapa ambulans bergegas ke tempat kejadian, yang juga berdekatan dengan stesen-stesen bas. 

Seorang jurucakap Kementerian Dalam Negeri Taliban berkata pasukan penyiasat berada di tempat letupan itu untuk membantu mangsa yang cedera dan menilai kemungkinan ada yang maut.

Tiada kumpulan militan yang mengaku bertanggungjawab bagi serangan itu yang berlaku menjelang Hari Asyura. 

Pada Jumaat (5 Ogos), sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lagi 18 cedera dalam letupan di Kabul yang dilakukan kumpulan militan ISIS. 

ISIS tidak menguasai mana-mana wilayah di Afghanistan, tetapi ia memililiki sel berbahaya yang menyasarkan  kumpulan minoriti agama di negara itu serta pengawal Taliban. 

Pihak berkuasa Taliban yang kembali berkuasa di Afghanistan pada Ogos lalu menyatakan mereka akan menyediakan lebih banyak perlindungan kepada masjid dan kemudahan lain milik Syiah.

Seorang cendekiawan Syiah di Kabul, Sayed Kazum Hojat, berkata pemerintah Taliban sudah meningkatkan kawalan keselamatan menjelang Hari Asyura, tetapi tambahnya mereka perlu meningkatkan pemantauan terhadap sebarang ancaman. 

Jumlah masyarakat Syiah di  Afghanistan dianggarkan 10 hingga 20 peratus daripada 39 juta penduduk, termasuk etnik Tajikstan, Pashtun dan Hazara, namun tiada data banci terkini untuk mengesahkannya. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa