Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

210kg keratan ayam dirampas cuba diseludup masuk ke M'sia dari S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas keratan ayam sejuk beku seberat 210 kilogram (kg) yang cuba diseludup dari Singapura di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah di Iskandar Puteri pada Rabu (28 Sep) lalu.

Pengarah MAQIS, Edie Putra Md Yusof berkata keratan ayam itu ditemukan pegawai penguat kuasa MAQIS di dalam bonet sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki warga Malaysia, berusia 30-an, pada pukul 9.00 malam.

"Pegawai penguat kuasa menemukan 14 kotak keratan ayam sejuk beku yang cuba dibawa masuk tanpa permit import MAQIS dan Sijil Kesihatan Veterinar menggunakan kenderaan persendirian di laluan import penumpang kereta."

"Hasil dagangan bernilai RM3,580 (S$1,102) itu dirampas untuk tindakan lanjut," kata Encik Edie menerusi kenyataan pada Isnin (3 Okt).

Encik Edie Putra berkata individu itu juga dilepaskan pihaknya setelah keterangan diambil.

Menurutnya sebarang keluaran pertanian yang diimport tanpa permit import MAQIS adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan Seksyen 11(3) Akta yang sama.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan