21,000 kanak-kanak Palestin terkorban dalam serangan Israel di Gaza, 44,000 cedera
Anggaran Waktu Membaca:
Kem pelarian di Khan Younis di selatan Carikan Gaza. (Gambar: REUTERS)
- Biro Statistik Pusat Palestin melaporkan lebih 21,000 kanak-kanak Palestin terkorban dan 44,000 cedera sejak serangan Israel di Gaza bermula Oktober 2023.
- Serangan berterusan menyebabkan 58,000 kanak-kanak menjadi yatim piatu, ribuan berisiko cacat kekal, dan 4,000 memerlukan pemindahan perubatan segera.
- Kemusnahan infrastruktur mengakibatkan ratusan ribu kanak-kanak kehilangan tempat tinggal, akses kepada makanan, air dan penjagaan kesihatan sangat terhad, serta pendidikan terjejas dengan 700,000 pelajar tidak dapat belajar secara formal.
- Laporan menegaskan kesan psikologi mendalam, dengan lebih satu juta kanak-kanak memerlukan sokongan mental segera dan tanpa campur tangan, generasi Palestin akan terjejas jangka panjang.
RAMALLAH: Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS) mendedahkan statistik membimbangkan yang menunjukkan lebih 21,000 kanak-kanak Palestin terkorban dan lebih 44,000 lagi cedera sejak serangan Israel di Carikan Gaza bermula pada Oktober 2023, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Sempena Hari Kanak-Kanak Palestin, laporan itu menekankan bahawa kanak-kanak berumur bawah 18 tahun membentuk 43 peratus daripada penduduk -- kira-kira 2.47 juta orang -- yang berdepan cabaran kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, termasuk kekurangan zat makanan, pemindahan paksa serta kekangan akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Serangan berterusan di Gaza telah memusnahkan banyak keluarga, menyebabkan lebih 58,000 kanak-kanak menjadi yatim piatu manakala ribuan lagi berisiko mengalami kecacatan kekal.
Kira-kira 4,000 kanak-kanak memerlukan pemindahan perubatan segera untuk terus hidup. Di Tebing Barat, 237 kanak-kanak terkorban sejak permulaan serangan itu, manakala lebih 1,600 kes penahanan kanak-kanak direkodkan.
Kemusnahan infrastruktur yang meluas telah menyebabkan ratusan ribu kanak-kanak kehilangan tempat tinggal dan tinggal di kem yang sesak atau tempat perlindungan sementara, dengan bom dari jenis bahan letupan yang tidak meletup (Unexploded Ordnance) menimbulkan ancaman tambahan.
Akses kepada makanan, air dan penjagaan kesihatan amat terhad, dengan ribuan kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan dan ratusan ribu lagi terjejas akibat penyakit bawaan air.
Pendidikan turut terjejas teruk apabila kira-kira 700,000 pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran formal susulan kerosakan atau kemusnahan sekolah, pemindahan paksa serta kematian atau kecederaan guru.
Kesan psikologi juga amat mendalam, dengan lebih satu juta kanak-kanak di Gaza memerlukan sokongan kesihatan mental segera.
Laporan PCBS menegaskan bahawa tanpa campur tangan segera, kesan jangka panjang akan menjejaskan seluruh generasi kanak-kanak Palestin.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.