21 orang maut dalam kebakaran bangunan di New Delhi
Anggaran Waktu Membaca:
Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah hotel di New Delhi, India, pada 3 Jun 2026. (Gambar: AP/Manish Swarup)
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah hotel di Delhi pada Rabu (3 Jun), kata polis, dalam salah satu insiden paling dahsyat di ibu negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Dengan penuh dukacita 21 orang diisytiharkan terkorban dalam tragedi ini," kata polis dalam satu kenyataan akhbar, sambil menambah bahawa lagi lebih 40 orang berjaya diselamatkan.
Mereka menyatakan, hotel itu terletak di Malviya Nagar di selatan Delhi, iaitu kawasan kediaman yang popular di kalangan pelajar dan profesional muda.
"Dilaporkan ada sebuah restoran yang beroperasi di tingkat bawah bangunan ... kemungkinan besar kebakaran itu terkait dengan restoran berkenaan," kata pegawai pentadbiran tempatan, Jitendra Kumar, kepada para wartawan.
Video di televisyen menunjukkan sebuah bangunan terbakar, asap berkepul-kepul keluar dan bahagian luarnya hangus sedang para penduduk memerhatikannya dari lorong sempit berdekatan.
Ia juga menunjukkan dua orang melompat dari tingkat yang lebih tinggi di bangunan itu.
Gambar dari tempat kejadian menunjukkan anggota bomba cuba memadamkan kebakaran. Penduduk tempatan turut menyertai usaha menyelamat, membantu memindahkan orang yang terperangkap di dalam dan membawa sebahagian daripada mereka yang cedera ke tempat selamat.
Sebahagian mangsa merupakan warga asing yang telah pergi ke India untuk mendapatkan rawatan perubatan, lapor media tempatan.
Kebakaran itu sudah dipadamkan, tetapi bagaimana ia bermula belum dapat dipastikan dengan segera.
Empat mayat dikeluarkan dari tempat kejadian, kata Jitendra Kumar, seorang pegawai kanan pentadbiran.
Perdana Menteri Narendra Modi berkata kehilangan nyawa itu amat menyedihkan dan menzahirkan ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada mereka yang kehilangan orang tersayang dan mendoakan agar mereka yang cedera cepat sembuh.
Kebakaran adalah perkara biasa di India, di mana undang-undang bangunan dan piawai keselamatan sering dilanggar oleh pembina dan penduduk.

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.