21 mayat hampir reput ditemui; korban banjir Bangladesh cecah 52
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Munir Uz Zaman / AFP)
DHAKA: Angka korban akibat banjir kilat di wilayah timur dan tenggara Bangladesh meningkat kepada 52 orang selepas 21 mayat ditemui hampir reput pada Jumaat (30 Ogos).
Pegawai tempatan berkata, mayat-mayat itu ditemui selepas air di beberapa bahagian di wilayah tersebut mula surut.
Setiausaha Kementerian Pengurusan Bencana dan Bantuan, Ali Reza berkata, banjir sejak 21 Ogos itu telah menjejaskan 5.4 juta penduduk di 11 daerah timur dan tenggara, menyebabkan 1.2 juta keluarga terkandas.
Keadaan itu memaksa berpuluh-puluh ribu penduduk berpindah, manakala tanah ladang dan kolam ikan musnah.
Sementara itu, kerajaan Britain menghulurkan bantuan kemanusiaan tambahan sebanyak 450,000 paun untuk menyokong lebih 36,000 mangsa terjejas akibat banjir di timur Bangladesh.
Pemerintah sementara Bangladesh yang diterajui oleh pemenang Hadiah Nobel Keamanan pada 2006, Muhammad Yunus meneruskan operasi bantuan dan menyelamat.
Minggu lalu, pemerintah mencadangkan penubuhan jawatankuasa kawalan banjir selepas bencana alam menyebabkan kerosakan serta pemindahan besar-besaran di wilayah Tripura, timur India dan Bangladesh.
Pihak berkuasa Bangladesh berkata, paras air di Sungai Gumti dan Muhuri yang mengalir melalui wilayah itu meningkat selepas pintu air di Tasik Dumber di Tripura dibuka.
Bangladesh juga mendakwa India melepaskan air dari sungainya tanpa memberi notis kepada Dhaka terlebih dahulu, namun New Delhi menafikan telah melepaskan air dari empangan.
Bangladesh dan India berkongsi perairan sekurang-kurangnya 54 sungai dengan bahagian hulu terletak di India.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.