21 maut saluran paip minyak Mexico meletup
Sekurang-kurangnya 21 maut dan 71 lagi cedera dalam kejadian letupan serta kebakaran saluran paip minyak di bahagian tengah Mexico.
TLAHUELILPAN: Sekurang-kurangnya 21 maut dan 71 lagi cedera dalam kejadian letupan serta kebakaran saluran paip minyak di bahagian tengah Mexico.
Tragedi itu berlaku berhampiran loji penapis minyak Tula ke utara ibu kota Mexico.
Ketika itu, orang ramai sedang mengambil minyak dari paip tersebut yang dipercayai sengaja dibocorkan oleh pencuri-pencuri minyak.
Kejadian sedemikian masih berlaku meskipun baru-baru ini pihak berkuasa Mexico melancarkan tindakan besar-besaran untuk membanteras kegiatan tersebut.
Pemerintah menyatakan perbuatan mencuri minyak seperti itu menyebabkan negara mengalami kerugian lebih AS$3 bilion (S$4 bilion) pada 2018.
Video yang diambil selepas insiden itu menunjukkan ramai orang melarikan diri dari tempat kejadian dan memekik sambil meminta bantuan. Pasukan bomba dan ambulans dikerahkan bagi membantu para mangsa yang mengalami kelecuran dan kecederaan.
Menyusuli insiden itu, hospital-hospital serta klinik tempatan dilaporkan dibanjiri dengan para pesakit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.