205 juta rakyat Indonesia keluar undi dalam pilihan raya terbesar pilih Presiden, Naib Presiden & wakil dewan perundangan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Sonny TUMBELAKA / AFP
JAKARTA: Rakyat Indonesia keluar mengundi pada Rabu (14 Feb) untuk memilih Presiden baharu dan para wakil dewan perundangan.
Rakyat Indonesia hari ini perlu memilih daripada 3 calon Presiden iaitu Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, mantan Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dan mantan Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo.
Hampir 205 juta layak mengundi dalam pilihan raya kelima sejak berakhirnya pemerintahan Encik Suharto pada tahun 1998.
820,000 pusat mengundi dibuka pada 7.00 pagi waktu tempatan dan dijadual ditutup pada pukul 1.00 tengah hari.
Menurut tinjauan pendapat, Menteri Pertahanan Prabowo Subianto terus mendahului para pesaingnya untuk merebut jawatan Presiden.
Ini meskipun terdapat kebimbangan mengenai rekodnya berhubung isu hak asasi manusia serta dakwaan menerima sokongan yang tidak wajar daripada Presiden Joko Widodo, yang akan melepaskan jawatannya pada Okt nanti.
Kempen 75 hari telah dicemari bantahan-bantahan yang menuduh campur tangan politik oleh Presiden Jokowi.
Mengikut perlembagaan Indonesia,Presiden Jokowi perlu berundur selepas mentadbir dua penggal.
Menurut agensi pemantau bebas pilihan raya, lebih 350 kesalahan dikesan di media sosial.
Ini termasuk ucapan-ucapan berbaur kebencian, berita palsu dan yang melibatkan hubungan antara kaum dan agama.
25,000 anggota polis telah dikerahkan untuk memastikan keamanan.
Tinjauan pendapat mengunjurkan Encik Prabowo dijangka memperolehi undi majoriti, sekali gus mengelakkan pusingan kedua pilihan raya tersebut daripada diadakan.
Encik Prabowo merupakan seorang jeneral tentera ketika tempoh pentadbiran mantan Presiden Indonesia Suharto.
Encik Prabowo 72 tahun dilihat sebagai calon kegemaran menyusuli kempennya yang mencampurkan retorik populis dengan ikrar untuk meneruskan dasar Presiden Jokowi, yang masih sangat popular dalam kalangan para penduduk tempatan.
"Kami akan berjuang untuk membawa kemakmuran bagi semua rakyat Indonesia. Kami akan meneruskan apa yang telah dibina oleh presiden sebelum ini," kata Encik Prabowo dalam ucapan terakhirnya kepada para penyokong pada perhimpunan kempen hujung minggu lalu.
Namun pencalonan anak lelaki Presiden Jokowi Gibran Rakabuming Raka, sebagai gandingan Naib Presiden Encik Prabowo, tetap menimbulkan kontroversi sepanjang kempen dijalankan.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.