2023 tahun lebih mencabar bagi ekonomi sejagat, kata Ketua IMF
Anggaran Waktu Membaca:

Aktiviti perhutanan di Tasmania, Australia. (Gambar hiasan: Unsplash)
PARIS: Tahun 2023 akan menjadi tahun yang mencabar bagi sebahagian besar ekonomi sejagat.
Ini sedang ekonomi-ekonomi dunia yang memacu pertumbuhan global, seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China, kian melemah.
Demikian kata Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalini Georgieva dalam wawancara bersama saluran CBS di AS.
Pada Oktober lalu, IMF menurunkann ramalan pertumbuhan ekonomi dunia bagi tahun ini.
Ia akibat perang di Ukraine yang berlarutan, serta tekanan inflasi dan kadar faedah yang tinggi oleh bank-bank pusat termasuk Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang bertujuan membendung kenaikan harga.
Cik Georgieva berkata, unjuran pertumbuhan China pada 2022 dijangka berada pada paras di bawah purata global buat pertama kali dalam masa 40 tahun.
Mentelah lagi, lonjakan kes COVID-19 di China dalam bulan-bulan mendatang dijangka akan membawa kesan kepada pertumbuhan serantau dan sejagat.
Sementara itu, Cik Georgiva berkata, ekonomi AS dijangka dapat mengelak kemelesetan yang boleh menjejas sehingga sepertiga ekonomi dunia.

Sumber : Reuters/ZM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.