Skip to main content

Dunia

2020 antara 3 tahun paling panas dunia: PBB

Tahun 2020 tercatat sebagai satu daripada tiga tahun terpanas, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu (3 Dis) dengan ketua badan dunia itu memberi amaran dunia sedang diambang "malapetaka iklim."

Anggaran Waktu Membaca:
2020 antara 3 tahun paling panas dunia: PBB

Kebakaran hutan di Sydney, Australia. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 Dec 2020 08:25PM Dikemas Kini : 03 Dec 2020 08:33PM

GENEVA: Tahun 2020 tercatat sebagai satu daripada tiga tahun terpanas, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu (3 Dis) dengan ketua badan dunia itu memberi amaran dunia sedang diambang "malapetaka iklim."

Tahun 2011 hingga 2020 merupakan dekad paling panas dengan enam tahun terpanas sejak 2015, kata Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) PBB.

Menurut laporan awal WMO mengenai keadaan Iklim Global pada 2020, haba laut berada pada tahap tinggi dan lebih 80 peratus lautan global adakalanya mengalami gelombang haba laut pada 2020.

Suhu purata global Januari hingga Oktober 2020 adalah sekitar 1.2 darjah Selsius di atas garis dasar 1850-1900, menjadikan 2020 mungkin satu daripada tiga tahun paling hangat di dunia.

Seperti gelombang panas di darat, panas melampau boleh mempengaruhi lapisan permukaan laut yang mungkin mengakibatkan beberapa peristiwa, termasuk tragedi seperti banjir, kemarau dan kebakaran selain taufan tropika serta ribut, kata Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

Perjanjian Paris 2015 mengenai perubahan iklim menetapkan pemanasan global dikekalkan di bawah dua darjah Selsius di atas garis era sebelum perindustrian (1850-1900), sementara negara-negara akan meneruskan usaha untuk mengehadkan kenaikan itu hingga 1.5 Selsius.

Kira-kira 10 juta perpindahan dicatatkan pada separuh pertama 2020, sebahagian besarnya disebabkan bahaya dan bencana hidro-meteorologi, kebanyakannya tertumpu di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Afrika.

"Banjir di sebahagian besar wilayah Afrika dan Asia Tenggara menyebabkan perpindahan besar-besaran penduduk dan menjejas jaminan bekalan makanan bagi jutaan orang." 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita