Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

20,000 rumah di Korea Selatan terputus bekalan elektrik akibat Taufan Hinnamnor

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Ribuan penduduk di Korea Selatan terpaksa berpindah apabila Taufan Hinnamnor membadai wilayah selatan negara itu pada Selasa (6 Sep).

Taufan Hinnamnor menyebabkan hujan lebat dan angin kencang yang memusnahkan pokok dan jalan raya. Lebih 20,000 rumah terputus bekalan elektrik. 

Seorang lelaki berusia 25 tahun dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di bandar selatan Ulsan, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.

Kebakaran juga dilaporkan di kilang keluli utama yang dikendalikan POSCO di bandar selatan, Pohang, tetapi ia tidak ketahui sama ada ia disebabkan oleh taufan itu. 

Pegawai pemerintah mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan kerosakan akibat banjir, tanah runtuh dan ombak besar susulan Hannamnor, yang dikatakan sebagai taufan terburuk dalam tempoh beberapa tahun. 

Taufan itu melanda beberapa minggu selepas ibu kota Seoul dan kawasan-kawasan berdekatan dibadai hujan lebat yang menyebabkan sekurang-kurangnya 14 terkorban akibat banjir. 

Perdana Menteri Han Duk-soo sebelum ini menggesa usaha untuk memindahkan penduduk di kawasan-kawasan yang mudah terjejas banjir, dan berkata Hinnamnor mungkin menjadi "taufan kuat yang tidak pernah kami mengalami sebelum ini". 

Agensi cuaca Korea Selatan menyatakan Hinnamnor membawa hujan lebat dan angin selaju 144  kilometer sejam -  bergerak ke arah timur laut ke laut selepas melanda pulau selatan Jeju dan bandar pelabuhan Busan pada Selasa (5 Sep). 

Bahagian pusat Jeju menerima lebih 94 sentimeter hujan sejak Ahad (4 Sep), dengan angin mencecah kelajuan maksimum 155 kilometer sejam. 

Kementerian Keselamatan menyatakan lebih 3,400 penduduk di wilayah selatan terpaksa berpindah dari rumah mereka atas sebab keselamatan dan pihak berkuasa   menasihatkan supaya 14,000 lagi orang berpindah. Sekurang-kurangnya lima rumah dan bangunan terjejas akibat banjir atau musnah, dan beberapa jalan rosak.

Lebih 600 sekolah di seluruh negara ditutup atau melaksanakan kelas online. Lebih 250 penerbangan dan 70 khidmat feri dibatalkan manakala lebih 66,000 boat nelayan dipindahkan ke pelabuhan. 

Setakat pukul 6.00 pagi, pekerja berjaya mengembalikan bekalan elektrik kepada 2,795 rumah melibatkan 20,334 keluarga.

Sumber : AP/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan