2,000 tan bantuan kemanusiaan dari UAE tiba di pelabuhan Beirut
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
ISTANBUL: Sebuah kapal Amiriah Arab Bersatu (UAE) yang membawa 2,000 tan bantuan keperluan kemanusiaan tiba di Pelabuhan Beirut untuk membantu rakyat Lubnan yang menghadapi serangan hebat dari Israel.
Menurut bilik berita milik pemerintah UAE, WAM, kapal ini merupakan sebahagian dari kempen bantuan UAE untuk rakyat Lubnan yang dilancarkan pada awal Oktober atas arahan pemimpin negara tersebut, Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan.
"Bantuan terbaru ini menunjukkan perpaduan UAE dengan rakyat Lubnan di tengah keadaan sulit saat ini," kata Sultan Al-Shamsi, penolong menteri luar negeri UAE, seperti dipetik laporan WAM.
Ia menjelaskan bahawa kapal tersebut membawa 1,000 tan bekalan makanan dan 1,000 tan peralatan bantuan dan perlindungan, menambahkan bahawa jumlah keseluruhan bantuan yang telahpun dikirimkan sejauh ini mencapai 2,610 tan.
Israel melancarkan kempen serangan udara besar-besaran ke atas Lubnan bulan lalu dengan tumpuan yang menyasarkan Hezbollah, sebagai sebahagian dari peningkatan konflik merentas sempadan antara Israel dan kelompok tersebut sejak serangan Israel di Gaza.
Lebih 2,600 orang maut dan 12,200 lagi cedera dalam serangan Israel sejak Oktober tahun lalu, menurut pihak berkuasa Lubnan.
Israel memperluaskan konflik pada 1 Oktober tahun ini dengan melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.