Skip to main content

Dunia

200 rumah musnah susuli kebakaran di Sabah

Anggaran Waktu Membaca:
200 rumah musnah susuli kebakaran di Sabah

Kebakaran itu berlaku di salah sebuah perkampungan air di Sabah, yang menampilkan rumah-rumah kayu yang dibina di atas tiang, pada 19 April 2026. (Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah)

Diterbitkan : 19 Apr 2026 02:29PM
KUALA LUMPUR: Ratusan penduduk dipindahkan selepas sebuah kebakaran menimpakan kemusnahan terhadap sekitar 200 rumah di sebuah perkampungan pantai di negeri Sabah, Malaysia pada Ahad (19 Apr), lapor agensi berita tempatan di Malaysia, Bernama

Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kebakaran di daerah Sandakan pada kira-kira pukul 1.32 pagi, menurut ketua bomba dan penyelamat daerah Jimmy Lagung dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

"Angin kencang dan jarak dekat antara setiap rumah menyebabkan kebakaran merebak dengan pantas, manakala keadaan air surut juga menyukarkan usaha mendapatkan sumber air terbuka," kata Encik Lagung, seperti dinukil Bernama.

Kebakaran itu berlaku di salah satu kampung tersebut, yang menampilkan rumah-rumah kayu yang dibina di atas tiang dan menempatkan beberapa penduduk paling miskin di negeri itu, termasuk ramai golongan tanpa kerakyatan dan orang asli.

Sekitar 445 orang dipindahkan sejauh ini, menurut Bernama, sambil menukil perangkaan tidak rasmi individu yang berdaftar di sebuah pusat perlindungan sementara di Sandakan.

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata kerajaan persekutuan sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin bersama pihak berkuasa Sabah.

"Keutamaan kini adalah keselamatan mangsa serta bantuan segera di lapangan," katanya dalam satu catatan Facebook pada Ahad (19 Apr).
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita