Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

200 pegawai dikerah banteras penjualan minyak subsidi RON95 kepada kenderaan asing semasa Tahun Baharu Cina

Anggaran Waktu Membaca:
200 pegawai dikerah banteras penjualan minyak subsidi RON95 kepada kenderaan asing semasa Tahun Baharu Cina

(Gambar: CNA/Fadza Ishak)

Diterbitkan : 26 Jan 2025 03:46PM Dikemas Kini : 26 Jan 2025 03:47PM
JOHOR BAHRU: Johor akan meningkatkan langkah penguatkuasaan bagi mencegah penjualan petrol RON95 bersubsidi kepada kenderaan berdaftar asing semasa musim perayaan akan datang, kata seorang pegawai kerajaan Malaysia.

Seramai 200 pegawai penguatkuasaan dari bahagian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia di Johor akan dikerah untuk melaksanakan pemeriksaan di stesen minyak di merata negeri itu, terutama di stesen minyak berdekatan Koswei Johor-Singapura dan Link Kedua, kata pengarah bahagian tersebut, Lilis Saslinda Pornomo.

Menurut media tempatan, langkah tersebut dilaksanakan sedang Malaysia menjangkakan ribuan kenderaan berdaftar Singapura memasuki Johor sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

"Kementerian boleh mengambil tindakan terhadap pemilik stesen minyak yang membenarkan kenderaan asing menggunakan RON95 dan penjual yang tidak mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP)," kata Cik Lilis kepada media tempatan pada Sabtu (25 Jan).

Cik Lilis membuat kenyataan tersebut berikutan insiden yang tular pada 21 Januari melibatkan seorang wanita memandu kenderaan berdaftar Singapura, dan disaksikan menggunakan minyak subsidi RON95 di Taman Pelangi, Johor Bahru.

"Kami mempunyai bukti yang menunjukkan bahawa wanita itu mengisi minyak kurang daripada satu liter, dengan nilai anggaran kurang RM1 (S$0.30), sebelum diarahkan untuk berhenti. Dia kemudian mengisi minyak menggunakan RON97, yang dikhususkan untuk kenderaan berdaftar asing di Malaysia,' kata Cik Lilis seperti dinukil New Straits Times, sambil menambah bahawa wanita itu membuat bayaran menggunakan kad debit.

Sejak 2010, penjualan petrol bersubsidi bagi kenderaan berdaftar asing adalah satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pengusaha stesen minyak yang didapati bersalah melanggar undang-undang itu berdepan risiko denda sehingga RM1 juta (S$310,000) bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3 juta (S$920,000) atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

Sekalipun demikian, pada 15 Januari tahun lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata pengendali stesen minyak yang didapati bersalah buat kali pertama boleh dikenakan denda melebihi had RM1 juta (S$310,000), sekali gus menambah tekanan ke atas industri.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan