200 orang diberkas untuk bantu siasatan kes GISBH
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Jumlah terkini tangkapan berkaitan serbuan ke atas GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah seramai 200 orang.
Ketua Polis Negara Malaysia Razarudin Husain berkata, seramai 31 orang yang ditahan dalam operasi sejak Rabu (18 Sep) lalu, adalah ahli GISBH dan direman selama tujuh hari bermula hari mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Beliau berkata 17 daripada 31 suspek ditahan di Kuala Lumpur, Pahang dan Negeri Sembilan serta di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dan Kedah itu, dikenal pasti sebagai individu memegang jawatan tertinggi dalam organisasi berkenaan.
“Seramai 139 orang suspek yang ditahan sebelum ini telah disambung reman dan 23 orang lagi diberi jaminan polis atas sebab-sebab tertentu,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur pada Sabtu (21 Sep).
Bernama sebelum ini melaporkan dalam operasi pada Rabu dan Jumaat di empat lokasi berbeza di Kelantan dan Pahang, polis menahan tujuh anggota Remaja Pembela Ummah (RPU) di bawah syarikat itu, termasuk seorang anak bekas pimpinan tertinggi kumpulan al-Arqam dan pengurusan tertinggi GISBH.
Pada Rabu, dilaporkan 24 individu penting yang dikaitkan dengan GISBH termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu ditahan di Kedah dan ibu negara.
Encik Razarudin berkata sehingga kini, polis sudah membuka 37 kertas siasatan termasuk tiga penambahan kes pada Selasa (17 Sep) lepas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 dan satu di Sungai Kapar, Selangor mengikut Seksyen 14 ATIPSOM 2007.
“Daripada jumlah itu, lapan kertas siasatan melibatkan tujuh suspek telah berjaya dituduh dengan 29 pertuduhan,” katanya.
Beliau juga berkata kesemua mangsa berusia 18 tahun ke atas diserahkan kepada waris, manakala yang berusia 18 tahun ke bawah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.
“Polis sedang giat dan kekal komited dalam melaksanakan siasatan secara terperinci dalam operasi ini. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sementara siasatan masih berlangsung.
“Mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi melengkapkan siasatan terhadap kes ini secara tuntas dan menyeluruh,” katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.