200 menara telekomunikasi haram dikenal pasti di Perak
Sebanyak 200 menara telekomunikasi haram dikenal pasti wujud di seluruh Perak dan tindakan akan diambil untuk menangani perkara itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan negeri Encik Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

(Gambar: Bernama)
PARIT BUNTAR: Sebanyak 200 menara telekomunikasi haram dikenal pasti wujud di seluruh Perak dan tindakan akan diambil untuk menangani perkara itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan negeri Encik Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.
Beliau berkata proses pemulihan sudah dilaksanakan dan didapati sesetengah pemilik menara tersebut pada mulanya mengambil permit tetapi tidak diperbaharui.
“Kami akan mengambil tindakan mendenda dan merobohkan menara berkenaan jika pemiliknya ingkar untuk memperbaharui permit,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan taman rekreasi Taman Linear Bandar di Jalan Temenggong di sini, hari ini (20 Dis).
Sehubungan itu, katanya pemilik menara telekomunikasi yang masih belum mengambil dan memperbaharui permit supaya berbuat demikian bagi mengelak dikenakan tindakan.
Dalam pada itu, Encik Hasnul Zulkarnain menyatakan kekesalan kerana masih terdapat kalangan masyarakat yang masih membuang sampah di merata-rata walaupun pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan kemudahan tong sampah.
Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga, kempen kebersihan akan dijalankan mulai Januari depan, katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.