200 kanak-kanak GISBH dibantu daftar ke sekolah
Anggaran Waktu Membaca:

SHAH ALAM: Sebanyak 200 kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal dikaitkan dengan GISBH Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Selangor, akan mengikuti pendidikan di sekolah kebangsaan buat kali pertama pada sesi persekolahan bermula 17 Feb ini.
Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Mohammad Fahmi Ngah berkata proses pendaftaran akan dibuat ibu bapa atau penjaga dengan bon jaminan dan dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara berkala setiap bulan, bagi memastikan kesemua syarat yang ditetapkan dipatuhi.
“Mereka ini boleh dikatakan bersedia untuk bersekolah selepas Kementerian Pendidikan membuat penilaian meliputi tahap pembelajaran diikuti penilaian akidah oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan barangan persekolahan kepada 200 anak-anak GISBH, yang turut dihadiri Pengerusi MAIS Abdul Aziz Mohd Yusof di Shah Alam pada Sabtu (8 Feb).
Selain kit barangan persekolahan termasuk baju sekolah rendah dan menengah, kanak-kanak berkenaan juga menerima bantuan kewangan RM400 (S$120) setiap penerima menerusi inisiatif wang saku oleh pihak MAIS dan JAIS.
Encik Mohammad Fahmi berkata bagi langkah berikutnya kerajaan negeri akan membantu kira-kira 1,000 lagi kanak-kanak GISBH yang berdaftar dengan MAIS, untuk memasuki sistem persekolahan dalam menjamin masa depan lebih baik kepada mereka.
Dalam pada itu, Encik Abdul Aziz berkata kesemua kanak-kanak termasuk ibu bapa dan penjaga akan terus dipantau selama dua tahun, meskipun program pemulihan ahli GISBH dikendalikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah tamat pada Selasa lalu (4 Feb).
Beliau berkata pihaknya sentiasa berhubung dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), MKN, JKM dan JAIS termasuk kerajaan negeri untuk memastikan kesemua bekas ahli GISBH menjalani dan mematuhi proses pemulihan akidah seperti dijadualkan.
“Dalam hal ini, kami amat berharap masyarakat dapat menerima mana-mana bekas ahli GISBH yang menjalani proses pemulihan terutamanya kanak-kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan bersama masyarakat dengan lebih selesa,” katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.