200 juta dirawat, pandemik COVID-19 sudah berjaya diatasi, kata China
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China menyatakan lebih 200 juta warganya didiagnosis dan dirawat bagi COVID-19 sejak ia menarik balik langkah sekatan yang ketat di negara itu bermula November lalu.
Dengan 800,000 pesakit paling teruk sudah pulih, China menganggap negara itu sudah berjaya berjaya "mengatasi" pandemik tersebut, menurut nota daripada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Parti Politbiro yang dipimpin Presiden Xi Jinping.
China menguatkuasakan beberapa perintah, kuarantin dan sekatan perjalanan yang paling ketat di dunia.
Namun ia juga masih menghadapi persoalan tentang asal-usul virus COVID-19 yang mula-mula dikesan di bandar Wuhan, tengah China pada lewat 2019. Penguatkuasaan yang ketat mencetuskan bantahan antipemerintah yang jarang berlaku dan menjejaskan teruk ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Agensi berita rasmi Xinhua memetik Presiden Xi sebagai berkata bahawa dasar untuk membendung penularan COVID-29 merupakan satu langkah yang "betul". Dasar sifar-COVID yang ditarik balik secara mendadak pada November dan Disember menyebabkan lonjakan dalam kes COVID-19 yang memberi tekanan sementara terhadap khidmat di hospital.
Jumlah kes sudah kembali stabil dan kehidupan semakin normal meskipun penerbangan keluar masuk ke negara itu masih belum mencapai paras sebelum pandemik.

Sumber : AP/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.