Skip to main content

Dunia

20 syarikat penerbangan terbesar alami kerugian AS$53 bilion susuli konflik Timur Tengah

Anggaran Waktu Membaca:
20 syarikat penerbangan terbesar alami kerugian AS$53 bilion susuli konflik Timur Tengah

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 21 Mar 2026 07:40PM
  • Amerika Syarikat dan Israel menyerang Iran pada 28 Februari, menyebabkan kerosakan dan kematian orang awam serta kerugian besar kepada syarikat penerbangan.
  • Menurut Financial Times, 20 syarikat penerbangan tersenarai awam terbesar mengalami kerugian sekitar AS$53 bilion akibat pencerobohan tersebut.
  • Eksekutif syarikat penerbangan memberi amaran tentang kenaikan harga minyak, gangguan di lapangan terbang negara Teluk, dan potensi kesan terhadap permintaan global.
  • Penumpang dijangka menghadapi kenaikan harga tiket dalam beberapa bulan akan datang, kerana syarikat penerbangan cuba melindungi pendapatan mereka.
Dijana oleh AI
MOSKO: Kerugian yang dialami akibat pencerobohan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran berjumlah kira-kira AS$53 bilion (S$68 bilion) bagi 20 syarikat penerbangan tersenarai awam terbesar, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik laporan Financial Times berdasarkan pengiraannya sendiri.

Eksekutif syarikat penerbangan memberi amaran mengenai kesan yang berpunca daripada kenaikan harga minyak yang berterusan, gangguan di lapangan terbang negara Teluk, serta potensi kesan terhadap permintaan global, tambah Financial Times.

Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, penumpang yang merancang perjalanan bagi laluan yang tidak berkaitan dengan Timur Tengah akan berdepan kenaikan mendadak harga tiket.

Ini sedang syarikat penerbangan cuba melindungi hasil pendapatan mereka, lapor akhbar berkenaan.

Pada 28 Februari, Amerika Syarikat dan Israel mula menyerang sasaran di Iran, termasuk di Tehran, yang menyebabkan kerosakan dan kematian orang awam.

Iran kemudian melancarkan serangan balas ke atas wilayah Israel, serta sasaran aset Amerika Syarikat di Timur Tengah.

Amerika Syarikat dan Israel pada mulanya mendakwa serangan “awal" kedua-dua negara itu adalah perlu untuk menangani ancaman yang dianggap berpunca daripada program nuklear Iran, tetapi kemudian menjelaskan bahawa kedua-duanya mahu melihat perubahan kuasa di Iran.
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita