20 sekolah di Pulau Pinang ditutup 2 hari untuk bendung COVID-19
Sebanyak 20 buah sekolah di Pulau Pinang ditutup dua hari mulai Isnin (26 Apr) susulan terdapat kes COVID-19 di sekolah terlibat, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad.
GEORGE TOWN: Sebanyak 20 buah sekolah di Pulau Pinang ditutup dua hari mulai Isnin (26 Apr) susulan terdapat kes COVID-19 di sekolah terlibat, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad.
Beliau berkata penutupan itu melibatkan sekolah menengah dan rendah namun enggan memperincikannya.
"Semua sekolah terlibat ditutup selama dua hari bagi proses sanitasi. Pihak sekolah akan menilai semula sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat (membuka atau meneruskan penutupan sekolah).
"Bagi sekolah yang ditutup, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berjalan mengikut jadual persekolahan seperti biasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.