Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

20 pelombong tertimbus tanah runtuh di Kalimantan Barat

Seramai 20 pelombong tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, kata ketua operasi menyelamat pada Sabtu (17 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Seramai 20 pelombong tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, kata ketua operasi menyelamat pada Sabtu (17 Sep).

Kejadian berlaku di kampung Kinande daerah Bengkayang pada Khamis lalu, namun anggota penyelamat hanya dimaklumkan mengenai insiden itu pada Jumaat, kata Encik Eryk Subaryanto.

"Kami menerima maklumat pada Jumaat dan segera menghantar anggota kami ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi agensi berita Xinhua.

Beliau berkata operasi menyelamat mengalami kesukaran ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu selain lokasi lombong yang jauh dan kekurangan kemudahan komunikasi. 

Menurut beliau, misi mencari dan menyelamat melibatkan tentera, kakitangan agensi pengurusan bencana dan mitigasi tempatan serta penduduk kampung.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan