Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

20 Nov ditetapkan Hari Kelepasan Am Khas untuk rakyat Melaka keluar mengundi

Kerajaan Malaysia memutuskan Sabtu ini (20 Nov) sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi membolehkan rakyat Melaka menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Anggaran Waktu Membaca:

MELAKA: Kerajaan Malaysia memutuskan Sabtu ini (20 Nov) sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi membolehkan rakyat Melaka menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Kerajaan Negeri Kamel Mohamad berkata penetapan Hari Kelepasan Am Khas itu dibuat berdasarkan peruntukan Subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

“Ia adalah bagi membolehkan rakyatnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi sempena PRN Melaka,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini (18 Nov).

Pilihan Raya Negeri Melaka diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sulaiman Md Ali, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini.

Seramai 476,037 orang pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 orang pengundi berdaftar layak mengundi, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan memaklumkan bahawa daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 11,557 orang adalah pengundi awal dan 7,601 orang mengundi secara pos.

Beliau berkata pengundi yang telah mengetahui maklumat pengundian, boleh terus ke saluran mengundi dan disaran membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi melalui portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my. aplikasi MySPR Semak dan Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

“Sekiranya pengundi tidak dapat hadir pada masa yang digalakkan atas sebab-sebab tertentu, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang," katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan