Skip to main content

Dunia

20 maut selepas bas terbakar dalam nahas jalan raya selatan India

Satu kebakaran yang dicetuskan oleh kebocoran bahan api menyusuli pertembungan antara sebuah bas privet dengan sebuah motosikal di laluan antara bandar teknologi selatan Bengaluru dan Hyderabad mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang, menurut media tempatan pada Jumaat (24 Okt), menukil pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
20 maut selepas bas terbakar dalam nahas jalan raya selatan India

Seorang wanita tunggu di sebuah terminal bas yang kosong semasa perintah berkurung dilaksanakan bagi hujung minggu bagi mengekang penularan virus korona di Bengaluru, India pada 8 Jan 2022. (Gambar fail: AP/Aijaz Rahi)

Diterbitkan : 24 Oct 2025 02:06PM Dikemas Kini : 24 Oct 2025 02:08PM
NEW DELHI: Satu kebakaran yang dicetuskan oleh kebocoran bahan api menyusuli pertembungan antara sebuah bas privet dengan sebuah motosikal di laluan antara bandar teknologi selatan Bengaluru dan Hyderabad mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang, menurut media tempatan pada Jumaat (24 Okt), menukil pihak berkuasa.

Walaupun India adalah pasaran kereta ketiga terbesar di dunia, ia mempunyai beberapa jalan raya yang berbahaya, dengan nahas jalan raya yang berlaku pada tahun lalu mengorbankan kira-kira 180,000 orang di seluruh negara itu, menurut pihak berkuasa pada Januari.

"Daripada 41 penumpang, 21 sudahpun diselamatkan," kata A Siri, seorang pegawai daerah kepada agensi berita ANI.

"Antara selebihnya, 11 mayat sudah dikenal pasti sejauh ini."

Satu kemalangan serupa yang berlaku pada bulan lalu mengorbankan 19 orang di wilayah gurun barat Rajasthan apabila sebuah bas privet terbakar.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita