Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

20 maut bas mini terjunam ke dalam terusan di Mesir

Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan enam cedera pada Sabtu (12 Nov) apabila sebuah bas mini jatuh ke dalam terusan di utara Mesir, menurut pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:
20 maut bas mini terjunam ke dalam terusan di Mesir

Bas mini membawa berpuluh-puluh penumpang terjatuh ke dalam terusan Mansuriya di utara Mesir. (Gambar: Khaled Desouki/AFP/Getty Images)

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan enam cedera pada Sabtu (12 Nov) apabila sebuah bas mini jatuh ke dalam terusan di utara Mesir, menurut pegawai.

Gabenor Dakahlia mengemas kini angka kematian itu di Facebook.

Kementerian Kesihatan Mesir sebelum ini menyatakan 19 terbunuh dan enam cedera apabila bas mini itu jatuh ke dalam Sungai Nil.

Agensi Anadolu memetik laporan media bahawa bas mini itu, yang membawa berpuluh-puluh penumpang, terjatuh ke dalam terusan Mansuriya di bandar Aga di wilayah Delta Nil Dakahlia apabila pemandu hilang kawalan.

Menurut Kementerian Kesihatan, 18 ambulans dihantar ke tempat kejadian untuk mencari mangsa yang terselamat, lapor Anadolu.

Mesir mempunyai rekod pengangkutan yang lemah walaupun pemerintahnya berusaha untuk menambah baik rangkaian jalan raya di negara itu.

Negara itu mencatatkan 56,789 kematian dan 6,164 kecederaan dalam kemalangan jalan raya pada 2020, menurut agensi perangkaan negeri, CAPMAS.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan