Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

20 lori Saudi lintas sempadan Syria; bawa bantuan bagi mangsa gempa

Anggaran Waktu Membaca:
RIYADH: Sebanyak 20 lori dari Arab Saudi yang membawa bekalan bantuan menyeberang sempadan Syria pada Khamis (23 Feb) untuk menghulurkan bantuan kepada wilayah-wilayah yang terjejas gempa bumi.

Lori-lori tersebut yang disediakan Pusat Bantuan Kemanusiaan Raja Salman (KSRelief), dan membawa makanan serta peralatan perlindungan seberat beberapa tan untuk diagihkan kepada mangsa gempa bumi, lapor Saudi Gazette.

Ketua delegasi KSRelief Fahad Al-Osaimi berkata kepada Al-Ekhbariya, lagi 22 lori akan menyeberang sempadan Syria pada Jumaat (24 Feb).

Pada beberapa hari akan datang, banyak projek akan dijalankan di Syria, sebagai sebahagian usaha memenuhi semua keperluan kemanusiaan dari segi kesihatan dan perlindungan, kata Al-Osaimi.

Beliau juga menjangkakan projek-projek tersebut akan memanfaatkan 300,000 orang.

Sumbangan bagi kempen yang dilancarkan KSRelief untuk membantu dan mengurangkan penderitaan mangsa gempa bumi di Turki dan Syria menjangkaui 440 juta riyal (S$157 juta).
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan