Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

20 juta penduduk Beijing jalani ujian COVID-19

Ini sedang pihak berkuasa China mengejar masa untuk membendung penularan dan mengelak daripada menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh bandar seperti yang dilalui Shanghai selama sebulan.

Anggaran Waktu Membaca:
20 juta penduduk Beijing jalani ujian COVID-19

Pekerja jagaan kesihatan melakukan ujian COVID-19 ke atas penduduk di tapak ujian sementara di Zhongguancun di Beijing pada 26 Apr 2022. (Gambar: AFP)

BEIJING: Pada Selasa (26 Apr), tiga suku daripada 22 juta penduduk Beijing mula beratur panjang untuk menjalani ujian swab COVID-19.

Ini sedang pihak berkuasa China mengejar masa untuk membendung penularan dan mengelak daripada menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh bandar seperti yang dilalui Shanghai selama sebulan.

Para penduduk Beijing juga mula menyimpan bekalan makanan dan barangan keperluan lain kerana bimbang berlaku penguatkuasaan perintah berkurung secara mendadak.

Kemarahan terus memuncak ekoran sekatan ketat yang dilaksanakan di Shanghai, hab kewangan dan komersil China yang mempunyai 25 juta penduduk.

Beijing melaporkan 33 kes baru COVID-19 pada Isnin (25 Apr), naik daripada 19 kes sehari sebelumnya. Tiada kematian dilaporkan sejauh ini sejak penularan tercetus.

Jumlah terkumpul kes koronavirus di bandar itu bagaimanapun jauh lebih rendah berbanding dengan beratus-ratus kes yang dicatatkan di Shanghai.

Shanghai melaporkan 52 kematian baru berkaitan COVID-19 pada Selasa berbanding 51 sehari sebelumnya. Ini membawa angka korban kepada 190, kesemuanya dilaporkan dari tanggal 17 April. Bagaimanapun, ramai penduduk berkata anggota keluarga atau rakan-rakan mereka meninggal dunia setelah dijangkiti COVID-19 seawal Mac lagi, lantas menimbulkan keraguan terhadap statistik tersebut.

Di ibu kota Beijing, sekolah, kedai dan pejabat kekal dibuka tetapi kuil ikonik Lama menyatakan ia akan ditutup kepada pelancong dari Rabu (26 Apr). Sementara itu, Teater Kebangsaan Beijing pula ditutup kepada umum sehingga hujung bulan April.

Pihak berkuasa menggesa para penduduk supaya mengelakkan diri daripada meninggalkan ibu kota serta mengadakan perhimpunan semasa cuti Hari Buruh dari 30 April hingga 4 Mei.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan