Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

20,000 peserta perhimpunan agama di Pakistan dikuarantin

Pakistan meletakkan 20,000 orang dalam kuarantin dan masih mencari puluhan ribu lagi orang yang menghadiri sebuah perhimpunan tabligh di Lahore bulan lalu di tengah-tengah wabak virus korona yang semakin teruk, kata para pegawai pada Ahad (5 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
20,000 peserta perhimpunan agama di Pakistan dikuarantin

(Gambar: AFP/Arif Ali)

Diterbitkan : 06 Apr 2020 12:15PM Dikemas Kini : 06 Apr 2020 12:21PM

LAHORE: Pakistan meletakkan 20,000 orang dalam kuarantin dan masih mencari puluhan ribu lagi orang yang menghadiri sebuah perhimpunan tabligh di Lahore bulan lalu di tengah-tengah wabak virus korona yang semakin teruk, kata para pegawai pada Ahad (5 Apr).

Pihak berkuasa berkata mereka mahu menguji atau mengenakan kuarantin ke atas mereka yang berhimpun di acara anjuran Tablighi Jamaat - sebuah gerakan dakwah Islam - antara 10 hingga 12 Mac atas kebimbangan mereka kini menyebarkan COVID-19 di seluruh Pakistan dan di luar negara.

Lebih 100,000 orang menghadiri perhimpunan itu, kata pihak penganjur, tanpa menghiraukan permintaan pemerintah untuk membatalkannya sedang virus itu mencengkam negara.

"Para pegawai kesihatan menjalankan ujian virus korona dan sebahagian daripada mereka telah diuji positif," kata Ajmal Wazir, jurucakap daerah Khyber Pakhtunkhwa, kepada AFP pada Ahad.

Masjid-masjid Tablighi dan tempat ibadat lain yang digunakan gerakan itu ditutup atau dikenalpasti sebagai pusat kuarantin pada akhir bulan Mac.

Sekurang-kurangnya 154 orang yang menghadiri perhimpunan itu bulan lalu diuji positif COVID-19, dengan dua kematian, kata pihak berkuasa kepada AFP.

Virus korona itu telah meragut sekurang-kurangnya 45 nyawa di Pakistan namun dengan hanya ujian terhad, para pemerhati bimbang jumlah sebenarnya jauh lebih tinggi.

Tablighi Jamaat dianggap salah satu gerakan agama terbesar di dunia, dengan berjuta-juta pengikut, khususnya di Asia Selatan.

Ramai warga asing menghadiri perhimpunan tahun ini dari negara-negara termasuk China, Indonesia, Nigeria dan Afghanistan, kata pihak penganjur.

Kira-kira 1,500 warga asing kini dikuarantin di Pakistan, namun yang lain telah meninggalkan negara itu tanpa diuji.

Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan bulan lalu dua kes pertama virus koronanya adalah penduduk Palestin yang menghadiri perhimpunan itu.

Menteri sains Pakistan, Fawad Chaudhry sebelum ini meluahkan kemarahan kerana acara itu diteruskan, atas "kedegilan para pemimpin agama".

Pihak penganjur berkata mereka menyingkatkan acara tersebut ekoran nasihat pihak berkuasa, namun pada masa itu mereka berkata ia disebabkan oleh cuaca hujan.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan