2 warga SG antara 3 pendaki dilaporkan maut susuli letusan Gunung Dukono di Indonesia
Seorang pegawai Indonesia mengesahkan bahawa tiga pendaki - dua warga Singapura dan seorang rakyat tempatan – maut menyusuli letusan Gunung Dukono pada Jumaat (8 Mei).
This audio is generated by an AI tool.
Butiran berhubung kerakyatan mereka sebelum ini tidak jelas, dengan keadaan terus berkembang. Namun Ketua Polis Halmahera Utara, Erlichson Pasaribu, yang memetik keterangan para mangsa terselamat, kini menyatakan mangsa yang maut termasuk dua orang warga Singapura.
Agensi penyelamat setakat ini belum mengesahkan kematian tersebut.
Encik Erlichson berkata mayat mangsa masih berada di gunung tersebut.
“Disebabkan letusan masih berlaku, keadaan masih dianggap sebagai tidak selamat untuk operasi pemindahan. Jadi, pasukan bersama masih menunggu masa yang sesuai untuk memulakan pencarian,” tambah beliau.
Beberapa pendaki mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Pemandu arah kumpulan tersebut dan seorang pengusung barangan dibawa ke balai polis dan boleh berdepan pertuduhan jenayah kerana membawa para pendaki memasuki kawasan larangan, tambah ketua polis itu.
Sementara itu, Ketua Polis Halmahera Utara, Erlichson Pasaribu, turut menggesa para pendaki supaya menjauhi kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian pada Jumaat daripada berulang.
Kejadian tersebut turut memaksa pasukan penyelamat untuk meredah “kawasan mencabar” sedang Gunung Dukono terus menunjukkan aktiviti.
“Selepas kejadian ini, kami akan memantau dengan ketat pos-pos yang boleh dilalui pendaki,” kata beliau.
“Jadi tiada aktiviti pendakian selagi status kekal pada tahap dua.”
Gunung Dukono kini berada pada tahap dua dalam sistem amaran empat peringkat Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.