2 warga Korea Selatan maut setelah kelab malam roboh di Gwangju
Dua rakyat Korea Selatan dan beberapa yang lain, termasuk para atlit yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Akuatik Dunia, mengalami kecederaan apabila tingkat atas sebuah kelab malam roboh di bandar Gwangju di bahagian selatan pada awal Sabtu (27 Jul), menurut seorang jurucakap jabatan bomba.
SEOUL: Dua rakyat Korea Selatan dan beberapa yang lain, termasuk para atlit yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Akuatik Dunia, mengalami kecederaan apabila tingkat atas sebuah kelab malam roboh di bandar Gwangju di bahagian selatan pada awal Sabtu (27 Jul), menurut seorang jurucakap jabatan bomba.
Sekurang-kurangnya 10 orang cedera apabila struktur tersebut roboh dan menghempap orang ramai di bawah pada sekitar pukul 2.00 pagi waktu tempatan, menurut seorang jurucakap Jabatan Bomba Gwangju.
Jurucakap itu tidak mendedahkan jumlah tepat atlit yang cedera.
Gwangju, sekitar 330 kilometer dari selatan ibu pejabat Seoul, sudah menganjurkan kejohanan itu yang menampilkan sukan renang, polo air dan terjun sejak dua minggu lalu. Pertandingan itu tamat pada Ahad.
Agensi berita Korea Selatan Yonhap menyatakan bahawa pihak berkuasa sudah mengesahkan sembilan atlit warga asing mengalami kecederaan - empat warga Amerika Syarikat, dua warga New Zealand, seorang warga Belanda, seorang warga Itali dan seorang warga Brazil.
Kesemua atlit itu ialah pemain polo air kecuali warga Brazil tersebut.
Dua atlit dirawat di Hospital Universiti Chosun, seorang dirawat di sebuah hospital Gwangu yang tidak dinamakan, dan bakinya ke pusat perubatan para atlit bagi merawat kecederaan kecil, tambahnya.
Para pegawai polo air Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa anggota pasukannya berada di sana apabila insiden itu berlaku.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.